Februari Portal:Hal semasa di Malaysia

  • 1 Februari:
    • 370 orang individu dianugerahkan pingat darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan.[61]
    • Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut akibat lemas selepas tersembam ke dalam tong air di halaman rumahnya di Kampung Talak, Tumpat, Kelantan.[62]
    • Lima orang individu termasuk dua orang warga Nepal, berusia 19 hingga 62 tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas mengalami gejala lemah, lesu dan tidak sedarkan diri selepas meminum sejenis kopi pracampuran berperisa durian yang dipercayai telah dicampur dengan dadah.[63]
  • 2 Februari - SM Faliq, anak kepada pengerusi Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin diijabkabulkan dengan Chryseis Tan, anak perempuan Tan Sri Vincent Tan.[64]
  • 4 Februari - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun mengandung 22 minggu hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya sejak Ogos tahun lalu.[65]
  • 5 Februari:
    • Seorang lelaki berusia 36 tahun direman empat hari kerana membakar lori yang menghimpit keretanya di Jalan Tembangau-Bahau, Jempol, Negeri Sembilan.[66]
    • Seorang pegawai kanan polis ditahan kerana memiliki sebuah kenderaan disyaki kenderaan curi, dalam satu tangkapan di Sabak Bernam, Selangor.[67]
  • 6 Februari:
    • Seorang Penolong Jurutera Unit Pembangunan Luar Bandar (PLB), Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk ditemui terbaring tidak sedarkan diri di halaman rumah sewanya di Taman Sejati, Teluk Intan, Perak.[68]
    • Ketua Umum PKR, Rafizi Ramli dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen pada hari ini kerana mendedahkan butiran akaun bank yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.[69]
  • 7 Februari - Pelakon Sofi Jikan direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas didapati positif ganja.[70]
  • 10 Februari:
    • Seorang wanita maut selepas Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kereta di Kilometer 34 Jalan Johor Bahru - Mersing berhampiran Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.[71]
    • Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut, manakala rakan sejawatannya parah selepas kereta mereka naiki dirempuh sebuah lagi kereta dalam kemalangan di Kilometer 28 Jalan Teluk Intan - Sitiawan.[72]
    • Tiga kakitangan sebuah pasar raya di Cheras, masing-masing berusia 25 hingga 50 tahun ditahan kerana menjual mercun dan bunga api secara terbuka, dalam serbuan pada jam 9.30 malam.[73]
  • 11 Februari:
    • Seorang anggota polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya maut apabila motosikal ditunggang terbabas lalu melanggar pembahagi konkrit di tengah jalan dalam kejadian di Jalan Kuching menghala ke Selayang.[74]
    • Dua orang penjenayah bersenjatakan sepucuk pistol, merompak sebuah pasar raya di Sierramas di sini, sebelum melarikan wang tunai kira-kira RM4,000, dalam kejadian rompakan yang berlaku pada jam 11.25 pagi di Sungai Buloh, Selangor.[75]
    • Anugerah Juara Lagu ke-32:[76].
  • 12 Februari - Seorang lelaki maut, manakala remaja perempuan parah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori enam tan di Kilometer 109, Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di Ranau, Sabah.[80]
  • 12 Februari - Seramai 32 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kota Marudu, di sini, mengalami keracunan selepas dipercayai memakan makanan yang dibeli dari kantin sekolah di Kota Marudu, Sabah.[81]
  • 12 Februari - Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar lori pasir di Persiaran Kewajipan dari arah USJ 8 ke arah Lebuhraya KESAS di Subang Jaya, Selangor.[82]
  • 12 Februari - Seorang lelaki rentung selepas treler dipandunya terbabas lalu terbakar dalam kemalangan pada jam 11.56 pagi di Lebuhraya ELITE susur masuk ke Saujana Putra dari arah Putrajaya.[83]
  • 12 Februari - Seorang anggota tentera, Mohammad Abdullah Mohamed dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandungnya iaitu Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, yang 9 tahun, pada 31 Januari.[84]
  • 13 Februari - Kebakaran Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):
    • Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya musnah dijilat api dalam kejadian jam 12 tengah hari.[85]
    • Kebakaran pejabat KWSP dipercayai berpunca daripada percikan api semasa kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan.[86]
    • Cawangan dan pejabat KWSP Petaling Jaya ditutup buat sementara waktu susulan kejadian kebakaran.[87]
  • 13 Februari - Seorang pelajar perempuan Nur Afini Roslan, 14 tahun, terbunuh, manakala dua orang rakannya cedera, akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang melayang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, Negeri Sembilan.[88]
  • 14 Februari - Seorang suri rumah yang mengaku sebagai kerabat didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada April 2015.[89]
  • 14 Februari - Pelakon dan pendakwah Azmil Mustapha meninggal dunia ketika tidur pada jam 12:40 tengah hari akibat komplikasi jantung.[90][91][92][93][94]
  • 15 Februari - Seorang guru maut, manakala suami bersama dua anak mereka serta ibunya cedera selepas kereta dinaiki bertembung kenderaan pacuan empat roda, kira-kira satu kilometer dari kediaman keluarga itu dekat Jalan Bindu, Batu Pahat, Johor.[95]
  • 15 Februari - Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping atas pertuduhan mendera bayi perempuannya berusia enam bulan sehingga menyebabkan pendarahan otak.[96]
  • 15 Febuari - Sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori membawa kelapa sawit di Jalan Batu 12, Terap, Kulim, Kedah.[97]
  • 16 Februari - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi putus kepala dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 7.1 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) menghala Selatan.[98]
  • 16 Februari - Percutian sebuah keluarga sempena sambutan Tahun Baru Cina berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka ditemui lemas ketika mandi di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.[99]
  • 17 Februari - Enam buah gerai bunga api dan mercun hangus dijilat api ekoran tindakan cuai seorang individu yang dikatakan bermain mercun berdekatan deretan gerai itu di Jalan Mergastua, Kepong Baru, Kepong semasa sambutan Tahun Baru Cina.[100][101]
  • 18 Februari - Mayat lima orang lelaki, yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Muda ketika melarikan sewaktu serbuan ke atas pusat judi sabung ayam terbesar di utara pada Jumaat lalu, ditemui terapung antara jam 11.35 pagi dan 12.45 tengah hari di Sungai Petani.[102]
  • 18 Februari - Seorang penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) maut, manakala tiga orang rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kilometer 154 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin.[103]
  • 18 Februari - Seorang pekerja menggantung diri di hadapan kedai runcit di Taman Selayang, Batu Caves, ketika tengah malam selepas dipercayai membunuh rakan sekerjanya dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam di Selayang, Selangor.[104]
  • 18 Februari - Seramai 850 orang pengguna perkhidmatan SkyCab di Gunung Mat Chinchang, Langkawi, terkandas dipercayai akibat kerosakan teknikal dalam kejadian jam 6 petang.[105]
  • 18 Februari - Empat maut, dua parah dan empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan yang berlaku pada jam 12.45 tengah hari di Kilometer 45.4 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli.[106]
  • 18 Februari - Seorang lelaki menyerang isterinya lalu memukulnya dengan kerusi logam dengan kemarahan selepas mendapati bahawa dia keluar dengan adik-beradiknya dalam kejadian di Kampung Puru-Puru, Ranau, Sabah pada pukul 11 pagi.[107]
  • 19 Februari - Seorang wanita dan rakannya maut pada ulang tahun kelahiran ke-27, selepas kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam, Selangor.[108]
  • 19 Februari - Seorang pembekal alat ganti mesin dan jentera dipenjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai polis untuk menukar sampel air kencingnya ketika ditahan di sebuah pusat karaoke pada Januari.[109]
  • 19 Februari - Seorang peniaga wanita direman empat hari, selepas dipercayai memberi sogokan sebanyak RM1,200 kepada pegawai polis sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya.[110]
  • 19 Februari - Seramai tujuh orang pemancing dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di sungai berhadapan Kem Tentera 502, Sungai Buloh.[111]
  • 20 Februari:
    • Jabatan Hidupan Liar Sabah menangkap dan memindahkan tiga ekor gajah Pigmi Borneo yang berada di sekitar kawasan perkampungan di sini, bagi mengurangkan konflik haiwan berkenaan dengan penduduk.[112]
    • Seorang lelaki mati dipercayai ditikam oleh anak saudaranya dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang di Kampung Sembulan Lama, Kota Kinabalu.[113]
    • Dua orang lelaki termasuk seorang anggota polis maut dan isterinya parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, dekat Jambatan Kusial, Tanah Merah.[114]
    • Tragedi kepala air:
      • Usaha mencari empat lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Gasi, Sungai Buloh diteruskan. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Hassan 'As'hari Omar berkata, kekuatan pasukan mencari dan menyelamat turut ditambah daripada 60 kepada 70 orang dari pelbagai agensi.[115]
      • Mayat keempat mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Gasi, Sungai Buloh ditemukan berhampiran Desa Coalfields.[116]
      • Mayat terakhir mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Gasi, Sungai Buloh, ditemukan berhampiran jambatan Puncak Alam.[117]
      • Operasi mencari kesemua mangsa yang dihanyutkan kepala air ketika memancing di Sungai Gasi, Sungai Buloh dihentikan pada jam 6.30 petang.[118]
  • 21 Februari - Dua orang individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 2 di sini, hari ini atas pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM2,000 kepada seorang anggota polis, tiga tahun lalu.[119]
  • 21 Februari - Sepasang suami isteri masing-masing dihukum penjara 15 bulan dan denda RM28,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, selepas mengaku bersalah atas 28 pertuduhan pilihan mempergunakan 19 orang remaja serta kanak-kanak bagi tujuan mengemis.[120]
  • 22 Februari - Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam kereta Perodua Myvi dipandu, manakala rakannya patah tangan selepas merempuh belakang lori dalam kejadian di Kilometer 217, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Alor Gajah, Melaka.[121]
  • 22 Februari - Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, atas tuduhan menyalah guna harta milik syarikat berkenaan dengan menjual tiga drum drop fiber cable, tahun lalu.[122]
  • 22 Februari - Polis menahan lima orang individu termasuk seorang wanita dan merampas tiga laras senjata api tiruan buatan sendiri dalam serbuan di sebuah rumah kongsi terletak tujuh kilometer dari bandar Tuaran, Sabah.[123]
  • 22 Februari - Pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee telah ditahan selepas memberi keterangan di Bukit Aman mengenai kes klip videonya ‘Like a Dog’.[124]
  • 23 Februari - Dua blok bangunan kayu Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa, musnah dalam kebakaran yang bermula pada kira-kira jam 12.15 tengah hari itu memusnahkan pejabat, bilik guru, pusat sumber, dewan mini, bilik agama Islam, bilik skim pinjaman buku teks (SPBT) serta beberapa kelas Tahun Satu hingga Tiga.[125]
  • 23 Februari - Pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee, direman selama empat hari sehingga 26 Februari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.[126]
  • 23 Februari - Seorang lelaki ditemui mati akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian pada jam 4:15 petang di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat, Kelantan.[127]
  • 24 Februari - Seorang deejay muzik sebuah hotel terkemuka, ditahan selepas menyerang dan menampar seorang pengawal keselamatan di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).[128]
  • 24 Februari - Seorang pengurus hotel berusia 28 tahun maut apabila Perodua Myvi dipandunya terjunam cerun di Kilometer 110 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor pada jam 5.15 pagi.[129]
  • 25 Februari - Pegawai Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang dilaporkan hilang di ibu negara sejak 12 Februari lalu, ditemui dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri di hadapan rumah neneknya di Kampung Bintang, Peserai, Batu Pahat, Johor pada jam 4 petang.[130]
  • 25 Februari - Sebuah pesawat ringan milik Syarikat Woorayi Air Services terhempas di Ladang Kampung Melati, Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Seorang juruterbang warga Australia dilaporkan terselamat.[131]
  • 25 Februari - Dua orang peragut ditahan polis kira-kira sejam selepas meragut beg tangan seorang warga emas di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan.[132]
  • 25 Februari - Pelumba Cub Prix, Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendran maut dalam kemalangan jam 2 pagi di Kilometer 22.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, dekat Pajam, Seremban, Negeri Sembilan.[133][134]
  • 26 Febuari - Sebuah kren tumbang di tapak pembinaan jalan berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menyebabkan kesesakan empat kilometer berlaku dari arah Hulu Klang ke Ampang kira-kira jam 9 pagi.[135]
  • 26 Februari - Pelakon dan penga­cara Neelofa dikecam atas tindakan beliau melancarkan koleksi tudung dan meraikan ulang tahun kelahiran ke-29 di kelab malam Zouk.[136][137][138]
  • 27 Februari - Koleksi tudung terbaru Neelofa, "Be Lofa Turban" dengan 45 warna yang dihasilkan untuk koleksi yang dijual pada harga RM73 dan RM75 habis dijual dalam masa 24 jam selepas pelancarannya.[139][140]
  • 27 Februari - Tiga orang pekerja penyelenggara sistem jana kuasa Menara Standard Chartered, Jalan Sultan Ismail nyaris maut selepas terhidu gas karbon dioksida selama lebih 10 minit.[141]
  • 27 Februari - Sebuah gegelung konkrit seberat kira-kira 10 tan terjatuh dari sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kira-kira jam 2.30 petang.[142]
  • 27 Februari - Polis menembak mati tiga orang lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan yang berlaku pada jam 2:30 petang di Batu 2, Jalan Kalabakan-Keningau, Tawau, Sabah.[143]
  • 28 Februari - Seorang lelaki maut, manakala anaknya cedera apabila treler yang mereka naiki dirempuh treler lain di Kilometer 315.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan Tapah, Perak pada jam 1.05 pagi.[144]
  • 28 Februari - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kangar hari ini atas tuduhan mendera anak perempuan mereka berusia 14 tahun pada awal bulan ini.[145]
  • 28 Februari - Tiga orang remaja perempuan masing-masing berusia 17 tahun sesat hampir empat jam ketika mendaki Apek Hill Cheras Awana pada jam 8 malam.[146]
  • 28 Februari - Seorang ahli perniagaan direman enam hari bagi membantu siasatan kes menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.[147]

Rujukan

WikiPedia: Portal:Hal semasa di Malaysia http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/namewee-di... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/selamat-t... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-sahk... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/yuna-dan-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/enam-ger... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendaki-... http://www.astroawani.com/gaya-hidup/sentuhan-menj... http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2...